Wednesday, December 1, 2010

Testimoni Pesakit (Norhasidah, Ulu Tebrau, Johor)

Nama:  Norhasidah
Alamat:  Ulu Tebrau, Johor
Tarikh Bermula Rawatan:  22 Oktober 2010

Testimoni:
"Saya mengalami gangguan jin beberapa minggu sebelum peperiksaan. Alhamdulillah, dengan izin Allah, jin yang ada di dalam tubuh saya telah keluar selepas membuat beberapa sesi rawatan perubatan Islam dengan Ustaz Fahmi. Setelah menjalani perubatan Islam ini dengan membaca ayat-ayat al-Quran seperti ayat-ayat rukiyyah, dengan izin Allah SWT, saya beransur pulih.  Saya juga diberi ayat-ayat yang boleh diamalkan untuk mengelakkan gangguan jin"


*Pemberitahuan:  Pesakit telah memberi keizinan kepada Pusat Rawatan Al Abyad untuk menggunakan testimoni dan gambarnya.  

-tulisan: فروئنا فاروق -

Tuesday, November 30, 2010

Testimoni Pesakit (Farah, Taman Permata)

Nama:  Farah
Alamat:  Taman Permata, Kuala Lumpur
Tarikh Bermula Rawatan:  Disember 2009



Testimoni:  
"Saya mengalami gangguan makhluk halus (santau) sejak saya berumur 16 tahun.  Dengan izin Allah, saya telah berjumpa dengan Ustaz Izham Fahmi untuk membuat sesi rawatan perubatan Islam.  Setelah menjalani perubatan Islam itu dengan membaca ayat-ayat al-Quran seperti ayat-ayat rukiyyah, dengan meletakkan tangan beliau di atas kepala saya, dengan izin Allah SWT, saya beransur pulih sedemikian."

*Pemberitahuan:  Pesakit telah memberi keizinan kepada Pusat Rawatan Al Abyad untuk menggunakan testimoni dan gambarnya.  

-tulisan: فروئنا فاروق -

Monday, November 29, 2010

Tanda-tanda Gangguan Jin dan Cara Pengubatan

Salam..hari ini kita akan cuba mengupas tentang 'Tanda-tanda Gangguan Jin'.

Tanda pada waktu tidur:

1.  Sukar untuk tidur
2.  Rasa cemas dan sering terbangun di malam hari
3.  Mimpi menakutkan (seperti ingin menjerit meminta tolong)
4.  Mimpi yang menyeramkan
5.  Mimpi melihat binatang yang pelbagai seperti kucing, anjing, unta, singa, serigala, tikus
6.  Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur
7.  Tertawa, menangis, memekik pada waktu tidur
8.  Perasaan sedih ketika saat hendak tidur
9.  Berjalan/berdiri dalam tidur
10.Mimpi berada di tanah perkuburan, tempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan
11.Mimpi melihat orang aneh (sangat tinggi, sangat gelap)
12.Mimpikan hantu

Tanda-tanda ketika waktu sedar/jaga:

1.  Sakit kepala (tidak disebabkan oleh penyakit pada kedua mata, telinga, hidung, gigi, tekak, perut)
2.  Mudah lupakan zikrullah, solat
3.  Fikiran sering terganggu
4.  Selalu lesu dan malas
5.  Saraf yang tersumbat
6.  Rasa sakit pada anggota badan yang tidak dapat dirawat doktor perubatan sains

Bermacam gangguan jin:

1.  Gangguan sepenuhnya 
2.  Gangguan tidak keseluruhan (salah satu anggota badan sahaja diganggu)
3.  Gangguan berterusan
4.  Gangguan seketika (dalam bentuk mimpi buruk)

Sifat yang harus ada pada perawat:

1.  Akidah yang bersih
2.  Wujudkan tauhid yang murni, dalam perbuatan dan ucapan
3.  Yakin akan firman Allah mampu menghalau jin dan syaitan
4.  Faham akan hal jin dan syaitan
5.  Tahu tempat pintu masuk jin dan syaitan
6.  Sebaiknya sudah menikah
7.  Jauhi perkara yang haram
8.  Melaksanakan pelbagai ketaatan kepada Allah dan Rasul
9.  Sentiasa ingati Allah, zikrullah, doa-doa menjadi amalan
10.Sentiasa memagar diri dengan cara mendekati Allah

Cara Pengubatan

1.  Letakkan tangan di atas kepala orang yang dirasuki jin dan dibaca beberapa surah (boleh dirujuk buku "JIN & SYAITAN SERTA PENYAKIT AKIBAT SIHIR" tulisan Sheikh Wahid Abdus Salam, keluaran Darul Nu'man)


*kredit kepada: 
"JIN & SYAITAN SERTA PENYAKIT AKIBAT SIHIR" tulisan Sheikh Wahid Abdus Salam, keluaran Darul Nu'man
 
-tulisan: فروئنا فاروق -

Tuesday, November 23, 2010

Tentang Jin

Assalamualaikum.
Sebagai entry pertama, eloklah jika kita kupas sedikit sebanyak tentang kewujudan jin, dalil-dalilnya serta beberapa isu tentang jin.  Sesungguhnya kami bukanlah ahli agama, tetapi memiliki tauliah dari segi perubatan Islam.

Jin adalah termasuk di dalam kategori makhluk ghaib yang wajib kita imani (Rukun Iman).

Dalil tentang kewujudan Jin:
A.  Dari al-Quranul Kareem

1.  Dari Surah al-Ahqaf, ayat 29 bermaksud:  "Dan ingatlah ketika Kami hadapkan sekumpulan jin kepadamu yang mendengarkan al-Quran"

2.  Dari Surah al-An'am, ayat 130 bermaksud:  "Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu Rasul-rasul dari golonganmu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayatKu dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini?"

3.  Dari Surah ar-Rahman, ayat 33 bermaksud:  "Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus dan melintasi penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak akan dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan"

4.  Dari Surah al-Jin, ayat 1 bermaksud:  "Katakanlah (wahai Muhammad):  'Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya, telah mendengar sekumpulan jin (akan al-Quran), lalu berkata mereka: 'Sesungguhnya kami telah mendengarkan yang menakjubkan''"

5.  Dari Surah al-Jin, ayat 6 bermaksud:  "Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambahkan dan bagi mereka dosa dan kesesatan".

Lagi rujukan lain:

B.  Dari hadis-hadis Nabi SAW: (antara beberapa hadis)

1.  Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW tentang makanan para jin:
"Bagi setiap tulang yang disebutkan nama Allah SWT.  Ketika menyembelihnya, setiap yang jatuh dari tangan kamu sebagai makanan, dan setiap kotoran dari binatang yang kamu miliki".
Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi:  "Kerana itu, janganlah kamu bersuci dengan kedua benda tersebut  kerana keduanya adalah makanan saudara-saudaramu"  - Hadis Riwayat Muslim

2.  Dari Abu Sa'id al-Khudri RA berkata, kepadaku Rasulullah SAW bersabda:
"Aku melihat kamu sangat senang kepada kambing dan padang tempat kamu mengembala.  Jika kamu berada di tengah kambing dan pada gembalaanmu lalu kamu azan untuk mengerjakan solat, maka keraskanlah suara azanmu, kerana sesungguhnya tidaklah jin, manusia mahupun apa saja yang mendengar suara seorang yang azan, kecuali akan menjadi saksinya pada hari kiamat"  - Hadis Riwayat Bukhari, Malik, Nasa'i dan Ibnu Majjah

Tentang Penciptaan Jin

Firman Allah bermaksud:
"Dan Dia (Allah) menciptakan jin dari api yang menyala" - Surah ar-Rahman, ayat 15).

Saiyidatina A'ishah menjelaskan:
"Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyalaan api dan Adam diciptakan dari apa yang telah dijelaskan Allah kepadamu" - Hadis Riwayat Muslim

Demikian sedikit dalil (bukti) tentang kewujudan jin.  Sesungguhnya sebagai Muslim, kita wajib mempercayai akan kewujudan makhluk ini.  Selain dari pautan (link) yang diberikan, artikel ini dirujuk sepenuhnya dari buku bertajuk "Mencegah & Merawat Sihir, Gangguan Jin & Syaitan", tulisan Yang Berbahagia Tuan Sheikh Wahid Abdus Salam, cetakan ke-dua:  2000, terbitan Darul Nu'Man.

Kami mencadangkan agar anda mendapatkan naskah dari buku ini jika ingin lebih memahami tentang kewujudan makhluk ghaib ini, dan dapatkan bantuan untuk memahaminya dengan bertanyakan kepada guru-guru agama berdekatan anda.

Inshaallah, di masa akan datang, akan dikupas pula tentang isu ayat-ayat yang kami gunakan untuk merawat pesakit, inshaallah.  Amalkan ayat-ayat pendinding dari al-Quran selalu, dan jauhkan dari syirik kepada Allah.  Jangan amalkan perkara-perkara yang selain dari ajaran Islam.  Wallahu'alam.

*kredit kepada: 
Mencegah & Merawat Sihir, Gangguan Jin & Syaitan", tulisan Yang Berbahagia Tuan Sheikh Wahid Abdus Salam, cetakan ke-dua:  2000, terbitan Darul Nu'Man.

Terima Kasih.
-tulisan: فروئنا فاروق -