Salam..hari ini kita akan cuba mengupas tentang 'Tanda-tanda Gangguan Jin'.
Tanda pada waktu tidur:
1. Sukar untuk tidur
2. Rasa cemas dan sering terbangun di malam hari
3. Mimpi menakutkan (seperti ingin menjerit meminta tolong)
4. Mimpi yang menyeramkan
5. Mimpi melihat binatang yang pelbagai seperti kucing, anjing, unta, singa, serigala, tikus
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur
7. Tertawa, menangis, memekik pada waktu tidur
8. Perasaan sedih ketika saat hendak tidur
9. Berjalan/berdiri dalam tidur
10.Mimpi berada di tanah perkuburan, tempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan
11.Mimpi melihat orang aneh (sangat tinggi, sangat gelap)
12.Mimpikan hantu
Tanda-tanda ketika waktu sedar/jaga:
1. Sakit kepala (tidak disebabkan oleh penyakit pada kedua mata, telinga, hidung, gigi, tekak, perut)
2. Mudah lupakan zikrullah, solat
3. Fikiran sering terganggu
4. Selalu lesu dan malas
5. Saraf yang tersumbat
6. Rasa sakit pada anggota badan yang tidak dapat dirawat doktor perubatan sains
Bermacam gangguan jin:
1. Gangguan sepenuhnya
2. Gangguan tidak keseluruhan (salah satu anggota badan sahaja diganggu)
3. Gangguan berterusan
4. Gangguan seketika (dalam bentuk mimpi buruk)
Sifat yang harus ada pada perawat:
1. Akidah yang bersih
2. Wujudkan tauhid yang murni, dalam perbuatan dan ucapan
3. Yakin akan firman Allah mampu menghalau jin dan syaitan
4. Faham akan hal jin dan syaitan
5. Tahu tempat pintu masuk jin dan syaitan
6. Sebaiknya sudah menikah
7. Jauhi perkara yang haram
8. Melaksanakan pelbagai ketaatan kepada Allah dan Rasul
9. Sentiasa ingati Allah, zikrullah, doa-doa menjadi amalan
10.Sentiasa memagar diri dengan cara mendekati Allah
Cara Pengubatan
1. Letakkan tangan di atas kepala orang yang dirasuki jin dan dibaca beberapa surah (boleh dirujuk buku "JIN & SYAITAN SERTA PENYAKIT AKIBAT SIHIR" tulisan Sheikh Wahid Abdus Salam, keluaran Darul Nu'man)
*kredit kepada:
"JIN & SYAITAN SERTA PENYAKIT AKIBAT SIHIR" tulisan Sheikh Wahid Abdus Salam, keluaran Darul Nu'man
"JIN & SYAITAN SERTA PENYAKIT AKIBAT SIHIR" tulisan Sheikh Wahid Abdus Salam, keluaran Darul Nu'man
-tulisan: فروئنا فاروق -
No comments:
Post a Comment
Shukran Jazilan